Tuesday, 3 February 2015

Tuesday, 3 February 2015

Kepada Yang Setia Ditunggu...


Oh air mata,
mengapa kau mengalir,
membasahi kelopak mataku,
bagai hujan deras,
yang tiada kesudahannya,
saat diri ini tak mampu,
tak mampu nak hentikan kau?

Gara-gara bercinta,
hati ini pedih dan luka,
bagai dihiris beribu-ribu kali,
dengan pisau yang tajam matanya,
tanpa belas dan kasihan,
sehinggakan menjadi mustahil,
untukku kutip serpihan hati ini,
dan mencantumkannya semula,
agar hati ini kembali berdenyut,
seperti sebelum ini.

Adakah cinta itu yang menyakiti?
Atau mungkin aku yang salah,
bercinta dengan orang yang salah,
tapi cinta itu lahir tanpa paksaan kan?
lahir daripada hati yang ikhlas.
Mana mungkin aku mampu,
mengawal perasaan cinta padanya,
pada saat itu.

Entah mengapa perasaan cinta itu,
tak mengerti perbezaan kita;
tak mengerti hati dia mungkin milik orang lain;
tak mengerti kita tak ditakdirkan bersama;
tak mengerti jodoh itu bukan ditangannya.

Entah mengapa hati ini,
asyik kenangkan si dia,
tak mahu terima yang lain,
tak mahu menerima kenyataan,
tak mahu melepaskannya.

Tapi,
dia pernah berkata dulu,
ketika hati ini mulai mengenalnya,
yang sehingga kini terpahat di mindaku,
"kalau betul sayang, baik lepaskan"

Mengakui kebenaran katanya itu,
aku telahpun melepaskannya,
walaupun hati ini masih belum mampu,
melepaskannya sepenuhnya,
aku akan terus cuba,
memujuk hati ini agar melepaskannya,
demi kebaikan kita berdua,
demi kebahagiaannya.

Aku tiada hak atas dirinya,
tapi aku ada hak,
atas segala kenangan bersamanya,
segala perbalahan kecil kita,
segala perluahan hati kita,
segala perkongsian kita,
segala kemarahannya pada diri ini,
segala kebenciannya pada diri ini,
segala nasihatnya dan pujukannya.

Akan ku simpan semua kenangan itu,
terkunci kemas dalam hatiku ini,
buat selama-lamanya,
agar aku tidak kesunyian,
pabila aku memerlukan seorang di sisiku,
pabila aku tak dapat menanggung lagi
beban duniawi ini,
sebagai penemanku saat aku sudah beruban.

Akan ku harapkan yang terbaik untuknya,
Akan ku doakan kejayaannya,
Akan ku berkorban apa saja untuknya,
asalkan dia selamat dan bahagia,
asalkan dia tak sakit seperti aku sekarang.

Semoga cintaku ini dapat melindunginya.

Air mataku mengalir lagi,
Di saat ku menyaksikan permainan Tuhan ini,
Di saat ku sedar,
yang diri ini masih tidak faham,
dengan percaturan Yang Maha Mengetahui,
yang mencaturi hubungan aku dengan dia.








No comments:

Post a Comment